.

Assalamualaikum

Alpa nya diri bila terlampau memikir nasib tak pernah habis
entah baru tersedar jasad pinjaman dari Allah. kurnian paling terindah. nikmat paling agung datangnya dari Illahi. 
Manusia tu aku yang kejap menderita kerana dunia sampai lupa pasal syurga neraka. di sana yang kekal pasti
Entah bagaimana nasib aku bila jasad bersemadi selamanya bila hati terlalu dunia. terlalu asyik dalam pelukan nafsu. terlalu daif mengejar cita cinta dunia
Siangnya terlalu leka bersama nikmat kegembiraan. Jarang untuk aku ingat bahawa aku bakal tidak bernyawa. pinjman ini sekelip mata bila bila
Moga Allah mengambil jasad aku bila cukup amalan untuk dibawa
takutnya dalam alpa dunia
Allah. sungguh tak snggup aku menempuhnya dalam gelap tanpa amalan dunia yang sempurna. bilamana dunia ada tempat aku selalu meluah dalam hati. memberitahu khabar diri walau aku tahu amalan aku tak ckup tnggi namun tak jemu aku meluah sebab disitu lahirnya ketenangan. meluah tanpa had. sampai ada ketika menangis aku kerana kecewa tanpa sedar qadar qada darimu ya Allah. aku mengeluh dengan pemberianmu tapi tidak mensyukuri nikmatmu saban waktu. hmmm moga Allah tak berhenti merahmati aku. moha mati aku dalam keimanan dan ketakwaan. ampunilah aku ya Allah

Pelik

Assalamualaikum..

Pejam mata untuk sekeliling
Cari mana hati walau disitu mati
Makna sebuah kehidupan terletak pada berapa barakah dirasai
Kecundang dalam rasa binasa padahal rasa itu selalu mengajar
Mematangkan dalam suka duka
Bersyukur padamu illahi entah kenapa hikmahnya aku berada disini
Supaya tidak mendongak
Agar tidak menjentik semuanya ke tanah lantai
Kadang apa dipijak itu sebenarnya tidak trrlalu jijik. Setanding biasa biasa
Moga terus istiqamah dalam mencari keredhaan. 

Sinar

Assalamualaikum

Allah ya Allah terima kasih.
Untuk rasa tak berbelah bahagi
Untuk apa masih mencari disisi
Jika selalu aku merasa kau sentiasa bersama
Menemani hariku mendengar rintihan jiwa  ragaku
Dalam diam aku takut kalau kalau suatu hari aku kosong bila sekeliling aku dipenuhi nikmat
Jauhilah aku. Biarlah aku sentiasa ditemani cahaya cahaya mu
Diberi jalan atur untuk sebuah kehidupan
Kasih ini biar jangan terlalu melampaui batas
Dan nafsu tidak melampaui dunia fana
Dan perasaan biar pendam mengharap sinar
Biar sinar ke syurga.
Biarkan terus mewarnai kehidupan dengan kenikmatan dalam barakah
Aamin ammin



Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images