sunday blues

Assalamualaikum


Yang sebenarnya aku banyak memandang kehidupan orang. 
Sebenarnya aku masih berpandang ke belakang bersama sama angan yang jelas tidak terus bersama
atau kenangan yang langsung padam
sepastinya aku keliru dalam perasaan
tenang seketika bersama gundah
yang tenang sebenarnya kelam bila aku memandang
Aku rindu semua perkara
tapi aku tetap berdiri tiada usaha untuk tidak lagi memandang
dimana akan perkara itu banyak tersemat  akan satu hati

Kasih luas

Assalamualaikum

Bicara tentang kehidupan. Banyak mana tak pernah khatam. Sejauh mana berjalan. Kalau tak cuba untuk belajar. Manakan mampu tgk setiap halangan sebagai pengajaran?

Manusia mana pernah lari dari kesilapan. Jadi kalau terkadang ada juga tersilap langkah. tersilap cakap. 

Mencari kekuatan sebenarnya tak semestinya melalui jiwa manusia lain. Kadang kalau kuatkan hati, selami diri. Percaya dengan Allah. InshaAllah semuanya kau lalui dengan mudah. Dalam perut sorang. So tiada alasan untuk cipta kesunyian tiada orang teman.

Alhamdulillah Allah masih bagi rasa tenang kadang aku fikir cuma buat insan yang sempurna kehidupan. Ada hati hati yang berkongsi berkasih sayang. Kira aku silap. Sebenarnya lebih bersyukur bila hati Allah bagi ini hanya menjadi milik sorang. Rasa bahagia tak semesti datang dari cinta bertandang. kadang bila keseorang kau ada masa banyak untuk fikir kehidupan. kau belajar. ada masih kau tercicir dari landasan. kau cepat sedar. itulah rahmat aku kira buat diri aku. menipu kalau tak rasa untuk kasih syg. tapi cukup hanya Allah yang paham. moga moga rasa ini dimakbulkan dengan rahmat. moga cita ini diberkati hingga ke syurga. moga cinta diberi menjadi halal terus membimbing aku ke syurga Allah yang tidak ternilai. Moga aku terus diberi nikmat kehidupan ini. Alhamdulillah



Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images