December

Assalamualaikum

Menulis kerana jiwa
Bukan kerana cinta dunia
Bukan kerana ikut mereka mereka
Lakarkan menjadi lukisan dalam diri
Melalui coretan tentang pertualangan
Yang mana tiada peduli
Sesaat merasa lelah mujur sang pencipta sentiasa menyambut rasa membiarkan terai ini dari layuh
Binggung bukannya denai
Pilihan sentiasa ada
Mahu mana kau pilih?
Mahu mati atau mahu sendiri?
Mahu mengubah atau kekal dalam nyeri?

.

Assalamualaikum

Alpa nya diri bila terlampau memikir nasib tak pernah habis
entah baru tersedar jasad pinjaman dari Allah. kurnian paling terindah. nikmat paling agung datangnya dari Illahi. 
Manusia tu aku yang kejap menderita kerana dunia sampai lupa pasal syurga neraka. di sana yang kekal pasti
Entah bagaimana nasib aku bila jasad bersemadi selamanya bila hati terlalu dunia. terlalu asyik dalam pelukan nafsu. terlalu daif mengejar cita cinta dunia
Siangnya terlalu leka bersama nikmat kegembiraan. Jarang untuk aku ingat bahawa aku bakal tidak bernyawa. pinjman ini sekelip mata bila bila
Moga Allah mengambil jasad aku bila cukup amalan untuk dibawa
takutnya dalam alpa dunia
Allah. sungguh tak snggup aku menempuhnya dalam gelap tanpa amalan dunia yang sempurna. bilamana dunia ada tempat aku selalu meluah dalam hati. memberitahu khabar diri walau aku tahu amalan aku tak ckup tnggi namun tak jemu aku meluah sebab disitu lahirnya ketenangan. meluah tanpa had. sampai ada ketika menangis aku kerana kecewa tanpa sedar qadar qada darimu ya Allah. aku mengeluh dengan pemberianmu tapi tidak mensyukuri nikmatmu saban waktu. hmmm moga Allah tak berhenti merahmati aku. moha mati aku dalam keimanan dan ketakwaan. ampunilah aku ya Allah

Pelik

Assalamualaikum..

Pejam mata untuk sekeliling
Cari mana hati walau disitu mati
Makna sebuah kehidupan terletak pada berapa barakah dirasai
Kecundang dalam rasa binasa padahal rasa itu selalu mengajar
Mematangkan dalam suka duka
Bersyukur padamu illahi entah kenapa hikmahnya aku berada disini
Supaya tidak mendongak
Agar tidak menjentik semuanya ke tanah lantai
Kadang apa dipijak itu sebenarnya tidak trrlalu jijik. Setanding biasa biasa
Moga terus istiqamah dalam mencari keredhaan. 

Sinar

Assalamualaikum

Allah ya Allah terima kasih.
Untuk rasa tak berbelah bahagi
Untuk apa masih mencari disisi
Jika selalu aku merasa kau sentiasa bersama
Menemani hariku mendengar rintihan jiwa  ragaku
Dalam diam aku takut kalau kalau suatu hari aku kosong bila sekeliling aku dipenuhi nikmat
Jauhilah aku. Biarlah aku sentiasa ditemani cahaya cahaya mu
Diberi jalan atur untuk sebuah kehidupan
Kasih ini biar jangan terlalu melampaui batas
Dan nafsu tidak melampaui dunia fana
Dan perasaan biar pendam mengharap sinar
Biar sinar ke syurga.
Biarkan terus mewarnai kehidupan dengan kenikmatan dalam barakah
Aamin ammin



Mulut yang berdosa

Assalamualaikum


Sebab ilmu aku tak cukup tinggi dalam kehidupan. Ilmu sebenar kehidupan
Ilmu pertahankan diri dari nafsu
Hari hari berazam nak perkuatkan iman. Sakit perit hati bila akal tak bertindak. Mulut laju kedepan. akhirnya ia meluah dengan kejinya tanpa terniat. mana pergi akal? terseksa perasaan bersalah
Susah nak kawal mulut dari bicara perkara yang menyingung hati manusia lain.
Cuba tapi kecundang bila sebenarnya baru tersedar. Maaf kekurangan yang terlalu pada diri ni.
Hati langsung tak bermaksud untuk berkata, tapi entah la tak mampu kawal dari berkata tanpa berfikir
Ahhh maaf.

sunday blues

Assalamualaikum


Yang sebenarnya aku banyak memandang kehidupan orang. 
Sebenarnya aku masih berpandang ke belakang bersama sama angan yang jelas tidak terus bersama
atau kenangan yang langsung padam
sepastinya aku keliru dalam perasaan
tenang seketika bersama gundah
yang tenang sebenarnya kelam bila aku memandang
Aku rindu semua perkara
tapi aku tetap berdiri tiada usaha untuk tidak lagi memandang
dimana akan perkara itu banyak tersemat  akan satu hati

Kasih luas

Assalamualaikum

Bicara tentang kehidupan. Banyak mana tak pernah khatam. Sejauh mana berjalan. Kalau tak cuba untuk belajar. Manakan mampu tgk setiap halangan sebagai pengajaran?

Manusia mana pernah lari dari kesilapan. Jadi kalau terkadang ada juga tersilap langkah. tersilap cakap. 

Mencari kekuatan sebenarnya tak semestinya melalui jiwa manusia lain. Kadang kalau kuatkan hati, selami diri. Percaya dengan Allah. InshaAllah semuanya kau lalui dengan mudah. Dalam perut sorang. So tiada alasan untuk cipta kesunyian tiada orang teman.

Alhamdulillah Allah masih bagi rasa tenang kadang aku fikir cuma buat insan yang sempurna kehidupan. Ada hati hati yang berkongsi berkasih sayang. Kira aku silap. Sebenarnya lebih bersyukur bila hati Allah bagi ini hanya menjadi milik sorang. Rasa bahagia tak semesti datang dari cinta bertandang. kadang bila keseorang kau ada masa banyak untuk fikir kehidupan. kau belajar. ada masih kau tercicir dari landasan. kau cepat sedar. itulah rahmat aku kira buat diri aku. menipu kalau tak rasa untuk kasih syg. tapi cukup hanya Allah yang paham. moga moga rasa ini dimakbulkan dengan rahmat. moga cita ini diberkati hingga ke syurga. moga cinta diberi menjadi halal terus membimbing aku ke syurga Allah yang tidak ternilai. Moga aku terus diberi nikmat kehidupan ini. Alhamdulillah



Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images