Air mata

Assalamualaikum



Kehidupan yang kau tulis tak selalu indah. Ada masa kau akan tengelam dalam rasa terseksa. Air mata meruntuhkan ego kau yang sekian lama kau bina. Entah manusia biasa macam aku. Tak lari dek rasa. Hati ini sukar diramal, makin hari makin makin sukar diertikan. Doa doa mudahan Allah bagi ganjaran besar untuk setiap rasa ini. Mungkin kesedaran paling besar setiap apa perbuatan aku yang kadang kala leka. Bukan senang saat kau mencari hakiki tapi hati diuji rasa yang dibenci oleh semua orang. Aku kira hati la punca segalanya. Bukan mudah nak mengawal. Biar seksa kau merindu bayang dari seksa kau tidak dapat diramal. Cemburu iri hati atas kegembiraan orang lain salah satu sifat busuk hati. Nauzubillah mohon dijahui. Andai hati ini terjebak, biarlah ia kembali untuk kesedaran. Aaminn. Bulan puasa bulan Ramadhan yang penuh mulia ini izinkan aku dimaafkan oleh semua manusia di muka bumi ini. Dengan harapan kemaafan mereka dapat membuat kehidupan aku bertambah bahagia. Mungkin aku dahagakan kebahagian hakiki. Kebahagian yang terlahir dari rasa senang dan tenang. Bukan kebahagian mata manusia yang mendambakan kasih dunia. Ya Allah hidup bukan selamanya, mati itu pasti. Biarlah saat kau mencabut nyawa aku adalah saat aku redha dengan segala hal.  Saat aku bersedia untuk ke sana bertemu kau. Insha Allah. Mungkin peluang itu sukar tapi tak salah kalau aku berkata. Mudahan ia menjadi doa. Menjadi penguat untuk aku terus berada di jalan-Mu. Aamin aamin.


Selamat Menyambut Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini mampu diakhiri dengan perubahan yang baik. InshaAllah. 

Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images