Keliru

Assalamualaikum

Pelik kan perasaan? Bile ternampak rasa rindu. Terimbau. Demand sangat hidup ni. Tak semua kite harap akan dapat dan tak semua kita rancang akan tercapai. Muhasabah diri dan percaya 'segalanya milik Allah'.
Hati perasan nyawa tubuh semua milik Allah. Apa aku rasa apa aku buat apa aku ada semua ketentuan Allah, semua Allah punya. Bila bila masa kalau Allah kata 'kun fa ya kun' maka jadilah ia sesuatu benda. Dan kembalilah segala milik dia sekelip mata.
Tapikan kadang hati ni nafsu iblis yang ingin menyesatkan. Memesongkan rasa supaya leka dan lalai dalam kehidupan. Mudahan Allah jauhkan aku dari perasaan yang berlandaskan nafsu iblis. Biar rasa ini terbit kerana Mu ya Allah yang mungkin sahaja ingin ajar erti kehidupan atau mungkin sahaja untuk memberi aku nikmat dunia seketika.
Selagi mana ia tidak terpesong, selagi mana ia dijalannya. 
Jodoh mati rezeki Allah tentukan. Usaha mana yang mampu. Moga moga ada jodoh itu, rezeki ada selalu dan mati dalam agama Mu islam. Aminn 

Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images