lelah

Assalamualaikum


Alahai semalam first time duduk hospital ada 2 emergency case kritikal .Ya Allah baru aku tahu dunia sebenar hospital .Ni first time ke hospital kerajaan mcm ni .Memang giler la depan depan mata ade emergency macam ni .Kesian pulak . Pagi tadi yang kritikal semalam meninggal .Ya Allah terima kasih sekali lagi bagi aku kesihatan sempurna ini . Pukul 6 ptg aku dah perasan die lelah truk .Sedih tgk anak die tengah sapu minyak panas kat dada . Lepastu dalam kul 8 tu ade cina emergency tenat dan now stabil .So makcik yang lelah ni maybe la tak dipedulikan .dalam 11 malam barulah tergesa gesa doktor datang dan mula operasi dia .tutup tirai .yang sedihnya kene beralih tempat dulu .amek masa .sedih dengar makcik tu mintak tlg .sebab dada .sekali lagi aku bersyukur aku masih lagi sihat .Bila operasi makcik lelah tu .Sempat aku berbual dengan anak yang urut dada tu tadi .Dia cakap dia dh cakap kat nurse ngan doktor tapi dorang buat bodo .hemm .sedihnya lah .Yela aku tak salahkan pihak hospital memandangkan berapa ramai pesakit saban masa mintak tolong sampaikan tak tau mane tenat .Cuma boleh aku katakan ,mencegah lebih baik dari merawat .Dan untuk berduit baiklah ke swasta sebab bagi aku   dekat hospital terlalu ramai golongan .kritikal or tak kritikal dicampur sekali and mungkin boleh menyebabkan sesetengah pesakit bertambah sakit duduk hospital macam ni .aku boleh pulak tolong pindahkan makcik tu ke katil lain memandangkan kesian nurse pun tak cukup kaki tangan nak buat .last2 aku semput .semput skit pun aku dah rasa lain .Alhamdulillah takde ape2 .Aku tak tahu la macam mana mencabar kerja doktor ngan nurse berdepan dengan nyawa manusia .saban hari saban masa saban saat . Banyak buka mata aku .Dalam dunia ni bagi la segalanya duniawi tapi kalau kesihatan tak okay .takde guna .cukup la pengalaman semalam .now maybe nenek aku boleh balik esok .Alhamdulillah . Berkat doa semua keluarga dan kenalan . Alhamdulillah


Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images