mimpi

Assalamualaikum


Masih mencari mimpi semalam
Semalam yang aku kira masih segar dalam ingatan 
Masih aku terus menanti segala mimpi itu
Kadang kala bila hilang duka ,rindu tiba
rindu saat duka mengalir air mata
hati rasa dekat dengan Pencipta
Hilang duka ,hilang lah rasa dan diri mula sepi .Sepi tanpa apa apa
Manusia tak pernah bersyukur aku kira
bukan semua tapi manusia tengah aku bicara tu aku
bila saat aku berduka ,aku mengharap hilang rasa tangisan ini
Penat aku mengejar 
Bila waktu lapang .Aku rasa kosong
Tanpa duka ,tanpa gembira
Jadi rindu untuk sebuah duka 
duka banyak mengajar erti kehidupan .buat aku mengejar berlari untuk hari esok dan esok
buat aku sentiasa menanti apa akan tiba
Betul lah kata orang .
belajar hargai setiap detik kehidupan .belajar bersyukur untuk setiap keadaan .bila kau berduka terus bersyukur sebab kau masih mampu berlari dalam kepenatan untuk hari esok
Dan aku sedang belajar ikhlas untuk mensyukuri apa yang aku ada hari ini
Buruk baik Alhamdulillah Ya Allah
Setiap saat dan ketika Alhamdulillah

Hmmn over betul muka bersyukur .huhu 
Errr ~

berat mata memandang ....

Assalamualaikum

Berat mata memandang ,berat bahu memikul .yang jadi masalahnya mata memandang akan beban yang dipikul tidak seberapa .dari memikul di bahu .eloklah pikul dengan mende lain .pandangan orang tak tahu ape dipikul .tak rasa perasaan memikul .tapi kadang kadang mata yang memandang ni boleh menilai sedikit sebanyak cara untuk mengurangkan bebanan dipikul .tapi sama ada nak terima atau tak pandangan mata ni .okay sebenarnya nak cakap .peribahasa sekarang banyak kita boleh ubah jadi much more better .kita boleh ubah cara dipikul untuk ringan beban atau kita boleh cara segala alternatif lain untuk tak pikul .kan ? segalanya atas diri sama ada mahu terus ego pikul beban atau nak share tips jadi lebih mudah .

bagi aku berapa berat perasaan memikul yang tak dapat dirasa oleh mata boleh je difaham memandangkan tak selamanya mata asyik memandang .ada kala dia pernah memikul .so pokok pangkalnya setiap manusia ada kehidupan dia .selok belok perjalanan dia rahsia dia dengan Allah . Kita sesama manusia saling memerlukan untuk satu kehidupan .

So lepasni bolehlah guna peribahasa 'mata memandang beban dipikul bahu .salah sapa ? ' haha .okay merepek .goodnight !

hmmm

Assalamualaikum


Rasa tunggul batu .Hmm .Ini bahagian kau .Salah kau .Kau teruk .Takpelah hati cukup kau sakit .Cukup lah air mata .Biarkan .Percaya sebenarnye ini mampu menguatkan kau .Oh hati jangan kau iri hati ,jangan lah ada satu bende yang kau prasangka .takut kau menambah dosa .Biarlah Allah aturkan segalanya .Tetapkan niat kau .Biar kau berjaya membalas jasa .Biar apa mereka rasa ,mereka mengata .Biarlah kata kata mereka buat kau berduka .Takpe ni bahagian kau .Allah ada .Allah tahu .Lambat atau cepat Allah akan tunjuk .Allah sentiasa bagi kau nikmat setiap saat .Dimana ada jalan disitu pasti ada jalan .Takpe .Jangan risau .Jangan pikir perkara susah tapi sebaliknya .Tabahkan hati .Kuatkan iman .Hidup kau Allah bagi .Seteruk mana mereka ,kau lebih teruk kalau kau rasa mereka teruk .Darah yang mengalir dalam badan kau ,ditambah kau  cukup makan pakai duit sehingga ke kini .Kau tak berhak mengeluh atas keluhan mereka .Kau tak berhak terasa .Kau tak berhak dengki wahai hati .Cukup kau diberkati mereka .Biar apa mereka kata ,biarlah kau diam .Biar walau kau parah .Jangan risau Allah ada .

Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images