Ada

Assalamualaikum

Jangan dicakap Allah ada kalau diri sendiri tidak pernah sedar
Aku yang tidak pernah sedar akan kelalaian ini
Jangan diminta petunjuk jikalau hari tidak ikhlas mahu menerimanya
Aku yang saban hari ...
Susah diungkap kerana aku tak mampu
Jangan risau Allah ada dan Allah tahu tugas dia
Jangan risau kalau kalau Allah tak tunjuk kebenaran
Kerana ia sedang tunjukkan itu ini
Balasan itu sudah diterima ,jangan pernah risau
Balasan atas perbuatan aku .
Jangan pernah membalas perbuatan aku ,jika kau mengharapkan pembalasannya dari Allah
Ya aku sedang melaluinya .jangan pernah risau
Allah tahu tugas die .Jangan pertikaikan
Kalau dirimu teraniaya dengan perbuatan ku .Allah tahu
Tahu untuk membalas nya kepada aku kerana Allah itu ada
Dan untuk perbuatanku Allah tahu niat ku
Sama sama kita cuba selami kerana aku manusia biasa
Terima kasih .Maaf dan Alhamdulillah :)

Sementara

Assalamualaikum


Setiap kali diri terasa mendongak ke langit
'Dunia ini permainan dan pinjaman sementara ...'
Bersyukur atas nikmat hari ini yang kecapi
Tak semua berpeluang menghirup udara segar .Masih dapat bernafas sempurna
Hari ni mungkin kita ada semua ini ,esok ?Siapa tahu ?
Dengan harapan nyawa aku terus berpanjangan
Bukan tidak puas dengan duniawi
Tapi masih banyak harus diperbaiki
Amalan yang tidak seberapa
Apa yang banyak mampu aku bawa kesana ?
Menjejak syurganya ? Mampu ke aku ?
Aku manusia biasa yang lemah dari pelbagai hal
Melakukan itu ini mengikut nafsu tanpa fikir dunia sementara
Perbuatan hari ini dinilai .Manusia itu aku
Penuh dengan duniawi ini
Nyawa pinjaman ini , esok bernafas ke aku ?
Belum sempat aku meminta ampun .Kemana hala aku sesudah meninggal bumi ini
Dosa sesama manusia yang kadang kala buat aku terfikir
Aku manusia yang tidak pernah sedar dengan perbuatan ini
Terima kasih aku diberi teman yang bisa menyedarkan
Menyedarkan diri ini ,tidak pernah memihak diri ini
Betul .Setiap kali aku mahu menuding ,teman ini yang selalu memesan

"Tunding ke arah sendiri .betulkah perjalanan ini ?
Tidak perlu ego dalam mengaku kesilapan
Kita manusia hidup sementara ,esok kita pasti mati
Biar hidup sentiasa mengaku kesilapan dari cuba untuk membetulkannya
Hati fikiran manusia berbeza , terima diri kita dan sekeliling seadanya
Bukan semua dapat menerima diri kita ,baik memaafkan dari berdendam
Lebih baik meminta maaf dari berpanjangan .Tidak luak .Salah atau tidak kita .
Kita masih ada hari penghitungan .Yang penting niat kita .Hidup ini bermasyarakat .
Cuba belajar untuk muhasabah diri dan lihat kesilapan diri .
Allah ada ,Allah maha tahu .mungkin hari ini kita diatas .Esok siapa tahu ?"

Terima kasih teman yang bisa menyedarkan .Insyallah aku cuba .
Cuba untuk melawan godaan dunia .Cuba untuk mengawal nafsu .
Aku manusia biasa penuh dengan keburukan .Mungkin ada hikmah peristiwa ini
Hikmah membuka mata aku untuk lebih menghayati kehidupan sementara ini
Hikmah untuk aku untuk menjaga tingkah laku
Segalanya hikmah .Bukan mudah menempuh cabaran dunia
Bukan mudah untuk jejak ke syurga nya .
Bukan semua mampu .Aku ? Jauh sekali .
Mencari waktu untuk meminta maaf .
Mencari ruang untuk tidak salah faham .
Ya tidak luak untuk lakukan itu
Kalau tidak diberi waktu ,salam kemaafan .
Mudahan jika tidak diberi waktu ini ,manusia manusia yang pernah aku berbuat kesilapan
Dapat memaafkan aku .Mungkin membaca ruangan ini .Entah .Mungkin .
Insyallah akan diberi waktu itu .Ya aku cuba .
Alhamdulillah untuk rasa ini ,terima kasih untuk teman itu .







Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images