Hati ini

Assalamualaikum


Hati 
Segalanya bermula dari hati 
Baik buruk datangnya dari hati

Manusia
Itu aku ,yang punya satu hati
Hati yang mengajar segala erti hidup
Mengajar menjadi manusia yang berguna dan tidak
Segalanya bermula dari hati dan manusia

Cinta
Satu perasaan halus yang menyelinap di dalam setiap kehidupan
Banyak mengajar erti kesabaran dan pengorbanan
Memberi seribu kebahagian dan keperitan

Hati ,Manusia Dan Cinta
Perasaan 'CINTA' yang bermukim di 'HATI' setiap insan .
'HATI' setiap insan yang bergelar 'MANUSIA'
Kerana 'HATI' ,'MANUSIA' ada 'CINTA'
Ye dan kerana 'CINTA' ,'MANUSIA' buta 'HATI' dan alpa



Ya Allah kuatkan sejenak hati yang terlalu lemah .
Lemah pada godaan dunia ,leka pada kehidupan sementara
Berikan aku sekeping hati yang suci
Hati yang sentiasa diredhai oleh-MU
Hati yang kuat untuk menempuh segala dugaan
Hati yang mampu ke syurga-Mu
Hati yang penuh keikhlasan
Dan Hati yang sentiasa mengingati-MU
Amin   Amin



Mata ini yang sentiasa menjadi saksi untuk setiap inci kehidupan





Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images