suke muke!

Assalamualaikum

Sengih mase nak update belog ni.Mane taknye,Kuantan woo~Seminggu gua cuti.Lu ade?Ececeh..Haritu mase kat KL aku macam sakit.Sampai pucat muka.Tapi heran wei.Bile on the way balik tuh.Dah sampai Temerloh.Terus baik.Sumpah pelik.Sampaikan pergi klinik.Doktor cakap takde ape2.Gile ajaib.Nampak la Kuantan penyembuh luka.Kehkehkeh..
ASSignment berlambak doe.Jadual pun pack.Harini nak kuar ngan polan.Harini nak kua si milan.Harini nak gi sini.Hari ni nak gi situ.Arghhh duk Kuantan ni semua nak gi.Semua nak jumpa.Assignment?Ada sape boleh buat.Tolong cari maklumat pasal perkhawinan orang india boleh?Ajar aku menari Indonesia boleh?Aku take part dalam exhibition mende entah.
Tolong aku buat movie boleh?Aku?Tolong meriahkan Kuantan,
Bahahaha..Okay daaaa..
Happy Holiday to me :)

Lelaki

Assalamualaikum..

Bila cakap pasal lelaki ni.Aku suka yang macho kerek gong(berlagak,control macho).Pandang perempuan pun tak.Tangan masuk dalam poket seluar.Kalau tak pun masuk je lam poket jaket.Yang penting masuk la tangan memana.Jangan fikir negatif.Maksud aku yang menunjukkan ciri2 lelaki.Bukan semua macam tu.Tapi as long as die LELAKI dia kena ada sifat lelaki BUKAN sifat PEREMPUAN.Kau faham maksud aku?Bagusss faham.
Tolonglah yang bergelar LELAKI kat luar sana jangan la ada ciri-ciri PEREMPUAN.
Bukan dari segi fizikal je.Kire bukan dari segi jalan macam perempuan,cakap macam perempuan.Dalam bahasa klasik "PONDAN".
Aku lebih cakap pasal sifat or perangai.Perangai perempuan yang biase korang tahu ape?haaaa..PANDAI!mengumpat..Kau perempuan jangan cuba la nak tipu diri sendiri cakap tak pernah mengumpat.Even kau ustazah macam mana sekalipun mesti pernah mengumpat sebab kau bukan malaikat.Kalau kau tak pernah mengumpat pun,kau mengata hal orang dan itulah MENGUMPAT.Faham?
Aku?Memang kaki mengumpat yang berjaya.Kalau ada anugerah.Memang aku boleh menang.Dasar!Cehh perempuan ape aku ni.Aku mengaku.
So lelaki,please jangan nak cuba mengumpat sebab nampak macam sangat kau bukan lelaki.Setahu aku lelaki tak amik peduli pasal hal orang.Kebiasaannya.Lelaki pun pernah amik tahu hal orang tapi bukan cara macam perempuan.
Jadi kau LELAKI jangan la nampak kau bukan lelaki sejati.
Setahu aku,even aku ramai la jugak baik dengan lelaki.Tapi aku tak pernah cari lelaki nak ajak ngumpat ni.Sebab dorang akan just dengar sebab dorang LELAKI dan aku respect tuh.
Bila kau plak yang pergi ngumpat.Aku sangat tidak merasakan anda seorang LELAKI SEJATI.Lelaki atas nama sahaja mungkin.
So you guys,if you think anda ada perangai macam ni.Better jangan la.
Tak nampak gentel tau.
okay bye


.


pesanan siku:Kau lelaki buat cara lelaki,mulut jangan puaka.Nak mengata aku mengata depan depan.Bila aku tanye senyap.Eeee..Kau ni takde kemaluan ke?

"GiveAway EdY : KATA KAU!"

Assalamualaikum..

Taknak cerita panjang panjang.Pernah dulu join contest.Sekali je.And tertarik yang contest yang ni.And rasa semangat nak masuk *berlari lari anak menulis entri in*
Mempersembahkannnn contest dari Ruzaidi Bin Kardi a.k.a Edy.
The Beauty In Ugly dah jadi sebahagian hidup blog aku nih.Selalu usha die update sebab suka tengok gamba gamba die amek.Tak caye gi la tengok sendiri.Lawaaa ooo..Gile bodek aku ni kan.Tapi serius tak tipu.



Tengok.Banner pun dah style doe.Eleh kau ika kuat bodek eh.Padahal memang wajib letak banner ni kalau nak join contest ni.Ekeleh kau.Memang la,tapi takkan tibe2 aku nak letak kalau takde contest,nanti isu panas plak.Ape pun korang wajibbbbbb join.Hadiah die best tau.Check it out here.


engkau kau,aku Edy.Aku ngan Dina.You all adeee keee?


Silalah merasakan ayat aku unik.Kawan aku cakap tu bukan unik tapi ayat nak kene pelempang.Sorry Edy,sangat tak kreatif ,tak unik.Apatah lagi lucu.
Okay lengkap.Senang kan contest ni?Ha ape lagi dok menganga,pi deras join contest ni.Takyah nak gi tangkap kambing hitam nak masuk contest ni.Buat macam aku buat.Cool kan?*Muke bangga tahap gaban*

Aku tag kau syazwani hasuni a.k.a kentuk busuk aku

~END~

P/S:Bak sini hadiah tuh edy.mengamuk kangg.Takpun terjun longkang kang.
hihi

#muke bangge dapat join contest,sengih kambing#

minggu test,minggu assignment

Assalamualaikum..

busy nak update belog.Just nak bagitau minggu ni minggu test.

wish me good luck dear..:)


Aku culture shock?

Assalamualaikum

Baru lepas buat toturial.Nak bagitau betapa rajinnya aku.Ahaha.Dulu selalu aku dengar orang cakap "Culture Shock"..Yeke ejaan tu?Hentam jelah.Aku terfikir macam mana agaknye.Macam aku sekarang kut.Huh.At least,aku tak guna ayat ni.

A:Lunch mana tadi?
B:KLCC.(Dengan bangganye)
Aku:Meluat,rasa naik sekeh kepale.Huh(dalam hati jelah)


Aku dengki ke?Well..Kadang kadang menyampah.Please la,dah kalau tempat korang tu dah bandar kenape la hari hari keluar.Tak bosan?Ke tempat kau takde?
Aku memang kampung tapi at least,aku takde la culture shock sampai nak kecoh gi mane2.
Dulu pakai alim alim eh?Sekarang?Aku dengki?Tak kuasa.
Kau cakap aku selekeh,pakai macam kampung.Well,aku tak kesah tapi kenapa esok kau ikut style macam aku?Kau suka ikut kampung eh?Tapi ayat kau..arghhh..
Bandar tak makan belacan?sambal belacan?Kau tahu new york pun ada sambal belacan.Even kau tak makan pun,jangan guna ayat ni.

"I bandar,sorry sambal belacan busuk lah.Orang kampung boleh la makan"

Kau bodoh ke bangang?Dah dasar kampung ngaku bandar memang macam ni.Aku kampung,aku bangga.Bangga ke duk kl?Huh.Tak langsung.
Aku nak cakap depan kau pun tak guna,so aku lepas kat sini jelah.
Aku nak cakap sikit kat kau.Kau tahu kau tu memang orang kampung yang tak berguna.Kau style?Nenek aku lagi pandai fashion dari kau.Kalau dah kat kampung tu pakai bertutup,tak perlu kat sini nak terdedah.Aku tak rasa pun kau kuno bile pakai bertutup.Tak perlu nak gi tukar baju kurung bila nak balik kampung.Hipokrit kau tahu?
Kau tahu,kau pakai la ape ape.Kalau perangai dah macam ni.Sumpah nampak sangat culture shock.Tak malu orang duk mengata?
Tak perlu nak perabes duit mak bapak kau berjalan je.Bila tak siap assignment kau nak salahkan orang lain.Moral sangat la kau eh?
Memang aku kampung dan aku bangga.So tak perlu nak cakap aku kampung sebab tak hang out macam kau semua.Aku datang sini nak belajar,bukan nak tengok keindahan KL yang bagi aku biasa je.(Time shopping banyak duit best gak,hihi)
Ikut aku la nak pakai fashion ulu mana.Kau kesah ape?Lantak aku la nak berbelit macam mana shawl aku,duit aku.Kau takyah nak tiru sudah.Biar aku seorang je yang ulu.
Lantak aku la nak sombong pun.Takkan nak tegur macam orang gila.
Lastly,idup aku.Dunia aku.Kau kesah apa.Yang penting aku nak bagitau kau.

"Kau budak bandar yang "CULTURE SHOCK" ngan keindahan bandar.ahahaha."

Aku?

"Budak kampung yang alim lagi solehah.Ahahaha"
(ayat nak kene pelempang)

Kau?

"Budak baik yang bace entri budak comeii nih.hihi"
(amek bakul tutup kepale)


aku bukan makan kacip fatimah ni.Tapi nak kasitau.Cap orang kampung.Orang kampung kuat tuh.Orang bandar ada ke?Ade?Ade?

Mood jiwang kauu!

Assalamualaikum


Alunan cinta kita terbuai
memiliki dan menyayangi
ikatan cinta yang diwujudkan
Biarkan ini semua ditentukan
Jalan yang terbaik untuk kenyataan
Bintang dilangit yang kekal
Berdua disaksikan cahaya
Inilah senandung lagu lagu cinta


Wahhh jiwang aku tengah tengah malam.Actually dah pukul 1.37 pagi masa aku menulis ni.Mood jiwang tu datang.Padahal baru lepas habiskan dua cerita hantu indonesia.Semalam tiga movie.Wowww,hebat kan aku?Mesti lulus test IT isnin ni.Ngeee~
Akibat tengok movie hantu,aku jadi takut nak gi tandas.Ahaha.
Ayat tu aku pakai hentam je tuh.Entah spontan je rasa nak tulis ayat tu.
MR.ROMEO i miss you a lot lah.Ahaha.Time to sleep.Bye


Hope MR.ROMEO balik Malaysia cepat cepat yek dengan selamatnya :)

Aku happy sebab aku.

Assalamualaikum


Macam rajin nak update harini walaupun berlambak lagi assignment yang belum siap.Ada orang tanya aku.Bukan geng blog sebab aku bukan femes.ahahaha.Sapa yang nak tanya?Ade aku kesah aku tak femes?Tapi banyak kat luar luar sana tanye aku.

"Wei ayam kentut bau ape?"

"Itik menguap macam mana?"

"Kambing lepas hajat macam mana?"

Dan sebagainya soalan yang aku malas nak jawab memandangkan soalan senang.Ok aku tipu je tu.Dari aku sekolah menengah sampai sekarang orang akan tanya aku.

"Macam mana nak jadi cam kau.Happy memanjang.Ada masalah happy.Duit hilang happy.Handfone rosak happy.Led laptop pecah pun happy.Apa rahsianya?Boleh kongsikan bersama?"

Lebih kurang camtu la ayat dia.Tapi bagi mencantikkan struktur ayat.Aku buat la formal sikit.Ahaha.Bagi aku sharing is caring.Kau taknak tahu?Aku kesah ape.
Ni jawapan bagi persoalan hang hang semua.


First,kalau aku nages boleh aku dapat balik duit,handfone ngan laptop tuh.Ade?Ade?

Second,gembira boleh buat aku tenang.Tenang ke???

Third,aku happy sebab aku bebas.

Yang lain aku tak tahu.Aku rasa happy jadi aku.Sedih tu ade lah.Takleh menipu.Tapi aku suka hidup aku.Takde geng pun boleh lagi hidup,gelak sorang.Peduli ape aku kalau orang cakap aku gile.AHAHA.Yang penting,jadi je diri korang.Jangan nak cover.Jangan sebab korang nak sedapkan hati semua orang.Kau cover.Sampai bile bleh cover?Aku ni perangai cam ape.Tapi okay je walaupun ramai tak suka.Lama lama okay.Dorang boleh ngam ngan aku.

Pesanan:Mak saye cakap,jadilah diri sendiri dari jadi orang lain.Kalau nak jadi orang lain,jadi diri sendiri.(bodo ke ape ayat aku buat ni?)

Nota kaki ayam saya:Awok semua,thanks follow.Sori tak sempat nak follow back balik.Sangat busy.Thanks to blogwalking too.Nanti ade masa saye jalan kat awok awok balik aww (Nade gedik tahap gaban)



saye suke belon.bukan belon dak kelas saye.belon kat atas ni.belon ni macam best.Anyone nak hadiahkan belon?hihi

A day with kentut busuk!

Assalamualaikum..

Dah selamat tiba kat hell ni.Huh.Kuantan.Miss you a lot.Gile tak lekat umah balik Kuantan.Blog pun tak terjah.Agak mati kutu la,nak dekat 4 hari berturut-turut muka aku kat ECM,KP,TC..Mega tak gi.Ape cerita mega?hehe.As long as aku ade kat Kuantan,okay.Biar pun mati kutu jalan tempat yang sama.Ahaha.
Paling best semalam.Seharian bersama kentut busuk aku.Farah and Safura.Dah lepas peluk cium romen tomen kiteorang.Lama kut tak jumpa.Even satu Kuantan.Tapi Safura Temerloh.Ape2 pun.Sumpah best ngan korang.Macam bodo masuk ruffey tu.Memang takleh bla.Kalau ikutkan hati memang tak puas jumpe.huhu.Apakan daya.
Will miss you lah dear!





Lain hari kite kua lagi yekkkk..

p/s:gambar terbaik dari kami.yang lain semua buas2.gambar bodo.Ni paling sopan.Ahaha

Fuhhh..lega!

Assalamualaikum..

Fuhhh..lega gile.Laptop dah okay.Around 600 ratus gak aku perabesss nak baiki.Apa boleh buat kan?Dah wajib baiki.Mau berbuih gak mulut mak bapak aku pasal ni.Okay,sorry ma ngan aboh.Nanti ika keja ika ganti.Ahaha.Ramai cakap suh beli baru.Huhhh..Tak kuasa.Laptop aku ni dah okay.Boleh wat keje.Beli yang murah,camne nak wat keje lam multimedia.Ape2 je.Tenang gile duk kuantan ni.Rase best gile.Tak sanggup nak balik KL.Ecececehh.Sorry Kuantan aku lagi bestt lah.
Assignment macam apeee..Sumpah tak reti.Anyone?Nak tolong buatkan.Pakar IT?



psssttt..Rase nak tercabut wayar otak mikir assignment yang tak reti nak buat.



Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images