Kuantannnnnnnnn..!!!!

Assalamualaikum..
Aku balik kuantan harini jam 8 malam,plusliner ke kuantan..Yahoooooo!Sila lah berdengki kerana saya balik kampung.(padahal dah lama orang lain balik).
Yang penting aku balik.
Huhuhu..Sumpah tak sabar.Update from library memandangkan laptop gua hancurrrr..
Okay sila doa perjalanan aku dengan selamat..
pssssttt,thanks to all lecture for cancel class this wednesday..

oh lcd screen!

Assalamualaikum..

Nak bagitau kat semua..


SCREEN LAPTOP AKU PECAH TAHAP GABAN.UWAAAAAA!


So,apa bleh wat.Nak nages pun tak guna.Budak bilik aku cakap aku relax je.Kalau dorang mesti meraung.Aku gelak2 cam takde ape berlaku.Dah takkan aku nak nages.Nages boleh ke elok semula.Orang cakap kalau dah sekali jatoh laptop tu nanti kalau dah baiki hanggg.Tula kawe dok riso leni.Huhhhh.Risau gile after baiki pun lptop aku jem ke ape ke.Mintak mintak la okay.Tunggu balik Kuantan nak repair.Huhuhu


So,anyone ada nak hulurkan bantuan ringankan beban?ngeee~

Saya suka sekolah :)

Assalamualaikum..

Tahniah ye cik ika kerana berjaya pulang awal ke kelas dalam erti kata lain ponteng lagi.Dushhhh!Kenapa aku suka ponteng?Soalan ni dah berbuih orang tanye.Aku tak tahu.Aku rasa cam best.Ahaha.Dari dulu sampai sekarang.Takde geng pun boleh ponteng sorang sorang.Sangat hebat aku kan?Yeee memang.Dah tu mukadimah aku bagi.Bila dah belajar kat IPT ni aku baru tahu perbezaan Sekolah ngan IPT berdasarkan pengalaman aku yang sangat mendalami ilmu.Cewahhhh..Tanpa membuang masa,mempersembahkan perbezaan IPT dan Sekolah.

1.Of course la ejaan dan makna tersirat kan?

2.IPT budak lepas spm,Sekolah budak belum spm

3.Time table kelas lain.IPT bangun nak dekat kul 7,semput2 je subuh.Sekolah bangun 5.30.Semput2 je baru azan.

4.IPT kelas dia macam kelas tuisyen.Sekolah faham sendiri.Tapi aku suka sekolah.Hehehe.*makna tersirat*

5.IPT panggil madam/puan/sir/encik/miss/and whatever.Sekolah panggil cikgu.

6.IPT panggil assignment,Sekolah panggil Homework.

7.IPT keje lecture bagi kene cari sendiri,pulas2 otak.Sekolah tengok kawan sebelah kalau tak dapat jawan soklan cikgu bagi.

8.Sekolah,ada masa je nak tiru homework cikgu bagi sebelum kene hantar.IPT,ada masa banyak tapi takde masa nak tiru assignment.

9.Sekolah,time tido cikgu kejutkan suh bangun.IPT,tidur pah ke ceroh takpe.Sedar2 takde orang lam kelas.

10.Sekolah pakaian seragam,IPT pakaian beragam ragam.

11.Sekolah tak buat kerja cikgu bagi kena denda.IPT kena tolak mende lah tu lah.Point2 apa ntah.

12.IPT pakai power point banyak nak present,Sekolah pakai kertas mahjung.

13.Sekolah ada bunyi loceng habes waktu,IPT takde.huh!

14.IPT serius,Sekolah kahkahkahkahkah!

Okay tu bagi aku lah kan.Kalau korang lain,ada aku kesah?Tapi rindu zaman sekolah.Berlari lari anak gi kantin bunyi je loceng time rest tu.Sekarang?Sewel kau nak berlari.Cafe tu tak perlu kau nak beratur berebut nasi ayam 2 hinggit,air 50 sen.Mana dapat.Dulu aku nie kire budak wanted la kat school.Sebab terlalu cemerlang sampaikan muka jarang nak ada lam kelas.Sekarang pun cam sama je.Lain sebab takde tido lam tandas ngan geng.Ponteng balik ostel.Online.



ni gambar dr incik google,bukan nasi ayam skolah aku.mampus kalau gini 2 henget.Aku beli tuk satu family aku hari2 kalau 2 hinggit.ngee~

Teringat aku kesah paling kelakar lam hidup bila satu sekolah cari 2 pelajar perempuan hangus lam kebakaran.Masa tu aku ngan kawan aku dok sedap tido nyenyak mimpikan putera raja masuk minang kat asrama.Masa tu memang hangin la Tomok a.k.a Cikgu Fadli ou rclass teacher.Aku tak tahu plak ada practice kebakaran.Tapi masa habes waktu skolah barulah kiteorang bangun.Masa tu apa lagi larilah sebab semua cikgu cari.Kahkahkahh..

Rindu la semua.Walaupun baru setahun tinggalkan Sekolah.Kalau nak cerita sal aku memang tak habes lah.Kalau bak2 kena denda jangan cakap lah.Ok lah gua mahu mandi la.Korang mesti ada kenangan sendiri kan?Mesti tersengih kalau ingat balik.Huhu.Byeeee...





Rindu segalanya pasal sekolah,no more laugh.no more friends.Just me and myself.Hmmmm!

aku buat apa yang membahagiakan aku!

Assalamualaikum..

Aku suka buat bende pelik
Aku suka mencarut
Aku suka marah
Aku suka tido
Aku suka makan
Aku suka emo tak tentu pasal
Aku suka buat apa yang orang tak suka buat
Aku suka buat apa yang aku rasa nak buat
Aku suka bila orang tak faham apa aku buat
Aku suka apa yang aku buat sekarang!

Stop.Okay apa yang buat semua membahagiakan aku.So buruk,teruk,jahat,puaka semua aku.Janji semua tu boleh membahagiakan aku.Aku tetap aku.

Nota siku:Entri ni khas untuk yang baru je kenal aku tapi tak kenal lagi perangai aku.






P/s:Kenal lu orang tu sepenuhnya baru nak comment romen.Nak bagi nasihat free.Setakat baru kenal nama aku ngan ayah aku dah bising nak sound sound aku!

Kelantan Vs Negro

Assalamualaikum..

Hahahaha.Tiba tiba plak aku ni?Gila?Aku nak amik mood tulis yang happy.Kang tersasul tulis yang sedih sedih.Letih la sedih hari hari.Takde gak kegembiraan di sebalik kesedihan tu.Coming soon kut.Congratulation untuk diri aku sendiri (memandang takde sape nak congrat kat aku) sebab berjaya membuat first presentation aku cakap omputih.Aku ni memang fail kalau omputih ni.So tadi cam okay la walaupun banyak kali budak budak ni gelak aku cakap omputih.Maklumlah terlalu pure.Lega gile dah abes present.Dan congrat gak untuk aku sebab berjaya menjawab soalan kuiz add math dengan membiarkan kertas soalan kuiz itu bersih dan licin tanpa gangguan mana mana dakwat.Tahniah seribu kali tahniah kerana anda blurr sebab anda terlalu banyak study.Dan tahniah untuk anda yang membaca entri sini sebab terpaksa membaca bebelan bebelan aku ni.Baru mukadimahh bro.Lex luuu...

Okay tadi seperti biasa pelajar cemerlang macam aku ni akan gi library.Well,hari hari aku gi library.*Muka bangga dapat tido lam library* Thanks untuk dua budak lelaki kelantan yang membuatkan aku gelak.Yeee inilah aku nak cerita sal dorang.Memang tahap gaban kelakar kalau korang duk tempat aku.Perbualan antara dua budak laki kelantan dan seorang negro perempuan.Mungkin classmate group kut.Ntahlah..Ikuti perbualan mereka.

Mamat A:Weyhh.nate speaking la doe.Aku malas nok kecek matsalleh ni.Kang negro ni kejut kang!

Mamat B:Demo royak jelah gapo.Kawe susoh gak nak kecek.Hok si madam ni,ngok gok suh kito saing nge negro.Susoh la gini.Guane la.Hok negro ni dok tergedik gedik pande aku ni gapo?Nok kene tang?

Mamat A:Bodo mu ni.Dok pasal negro ni kecik hati dengor mu kecek gitu.Mu ni.Soba jelah.Nok wat guane?


Mamat B:Ombohhhh mu kecek supo dio pehe kito kecek?Dio dok pehenyo.Mu riso bakpo?

Negro:So,what should we do now?Did madam give our group assignment?Really don't understand.
*Ni aku agak agak je die cakap gitu sebab aku pun tak brape dengar and faham*


Mamat B:lesa mu.Nok jawab gapo ni?Aduhhh..Yes,me too don't understand.We should do assignment kot.Weyh "kot" bahase matsalleh gapo?

Mamat A:Kotssss.Mu syakdu sikit letok je "s" belake tu.Kawe pun dok pehe mane gop.

Negro:Sorry?Can you explain how to do?

Mamat A:You just do it.We just relax.Hahahahaha

Mamat B:Hahahahaha


Aku:Hahahahahahahahahahaah.Wakakakakakaak.Kerassss perutttt!


Mamat A:Hahahaha.Bodo mu.Hahahaha


Negro:Blurrrr..
*Muka macam takde perasaan*



Aku terus blah ke tandas.Tak tahan.Sampai sakit perut aku gelok.Tak tahu la guane jadi lepas tu.Dorang nie kelantan pun ada.Terengganu pun ada.Tapi serius takleh bla.Aku yang tengah online fb.Jadi tak focus.Dok dengar dorang cakap.Masa tu kul 11 lebih.Tak ramai mana kat library.Negro perempuan tu tol tol sebelah aku.Yang lelaki kelantan tu cakap kuat.Yang pelik,camne dorang boleh jadi group?Kesianlah negro tu.K la gua chow dulu.Mahu buat assignment.*koya assignment*


Nota siku:Thanks kat mu dua ekor sebab wat aku kerass perut.Lama dah rasa tak gelak dengar orang wat lawak.


Gocohhhh Jom?

Assalamualaikum

Entri ringkas dan bergaya ni untuk someBODY yang doh hangin pasal belog aku.Actually bukan belog aku.Belog kami yang mempunyai lagu.Kat sini i nak terangkan kat u all why we letak lagu ok?*nada gedik ala ala princess*

1.Kiteorang bubuh(letak) lagu ni sebab kiteorang comel *angkat bangkul letak ats kepale*

2.And kalau nak tahu kiteorang bubuh lagu ni sebab kiteorang cintakan muzik.Bak kata orang pakistan."Music Is Our Soul"

3.Bila bubuh lagu ni,kiteorang rasa best and bangga dan rasa macam nak masuk lam belog ni.Hari hari kiteorang rajin nak masuk belog kiteorang sebab ade lagu.So ini dapat menaikkan semangat kami untuk berblogging *suara ala girlish k*

4.Fakta penting adalah belog kiteorang,so lantak kiteorang lah.Memang kiteorang nak suh korang hangin wat entri pasal lagu dalam belog kiteorang.Femessss gitu.Makk like nyahhh..Awwww!

Sangat kegadisan tatkala menulis semua ini.Ada soul.And to all hater please chow from my belog.Aku tak suh korang bw kat belog aku.Tak suh korang dengar lagu belog aku.Tak suh korang open banyak tab.And tak suh ape ape lah kat belog aku.Ade aku tulis.

"Ohhhh..i begging to you all.Please listen to my music or i will die.Please dear readers all"

Ohhhh..Tidakkk!Tak penah okay.Aku memang suka letak lagu kat belog aku sebab aku suka bukak belog aku.So takde la boring bila aku bukak belog aku.Boleh lah melalak.Aiii maklumlah suara aku nie merdu.Serius merdu sampai beratur ratur orang nak lari dari aku.Sampai yang menyampah entri ni ikut suka ati lu olang la.Gua tak mahu cakap manyak.Cakap manyak pun tak gunee ooo..Gocohhh Nok?Ahahaha..


*Sorry for those don't agree or like my entri or menyampah.Ape aku penduli"





Our blog is our rule

perangai is kami!

Assalamualaikum

Tengok syok syok layan korea.Penuh dengan gelak setan aku yang terkeluar.Tiba la part sedih.Masa tulah rasa nak berjiwang nih.Huh.ni pun mood jiwang.Lagu korea kan biase sentimental mula lah membawa jiwa aku melayang ke episod episod luka kehidupan.Luka ke?Of course luka,pakwe takde sampai sekarang.Perangai tak macam betina.Ramai cakap aku macam tu.Well serius tak pandai nak jadi real macam perempuan ni.Macam nages teresak esak apabila kucing tercabut bulu.Or ketawa tutup mulut sambil melihat kiri kanan cover.Or ada sesetengah tu very girlish.I mean yelah kalau dah geng2 perempuan ni lepak.Akan cerita pasal makeup baju.Ha?apa lagi?Kalau aku lepak ngan dak dak perempuan yang gila perempuan bukan cam geng aku.Mesti dorang akan bincang mende yang aku tak pandai nak menyampuk.Aku just boleh wat muka blurr."_______________"errrrr?Biasa girl girl nie suka cakap macam ni.

"You all,kita nak shopping mana bulu mata palsu kita ni?I tak sabar nak pakai tau.ahakkkss"

"Well,you all tahu.Semalam my hubb
y call then dia cakap nak bawa i pergi muzium.Oh i likeee..Ahaksss"

"Tali kasut i cantik tak?Mahal tau i beli.Cantik kan?Ahaksss"



Lebih kurang macam tulah.Macam over plak aku tulis tuh.Lantak la.Aku pakai hentam je.Tak betul kut.Tapi yang penting bila betul girlish nie.Kena ade ahaksss tu.Memandai je aku.Nak kena lempang ke?Ni takde kene mengena ngan hidup dan mati.Yang takleh bla.Serius aku tak suka sangat gi tandas sebab aku malas nak tengok muka aku yang cun melecun tahap ayam hutan ni.Dorang takpe lah.Setiap 5 minit gi tandas.Abes class gi tandas.Nak touch up.Aku gi tandas nak berak nak kencing je.Well,aku tak cakap la aku takde jiwa kewanitaan ni.Cewahhh..Aku suka gak fashion but bukan obses sangat.Then minat gak melawa.Ade ke girl taknak cantik?Gila kau aku pun nak cantik macam Lisa Surihani ke.Ape ke kan?Aku ada gak jiwa kewanitaan tu.Tapi asal depa depa ni duk kata ke aku.Aku tak cam perempuan.Takkan sebab aku takleh join topik topik girlish nie?Well biase aku lepak ngan geng geng aku ni memang takkan cakap topik nie.Biasa kiteorang cakap.

"Wei,rukun iman ada berapa ha?"

"Wei,rukun islam ada berapa eh?"

"Kau tahu tak nama iman yang jadi iman kat surau tadi?"





Dan banyak lagi pasal keagamaan yang kiteorang bincang.Yeee ayat nak kene penyepak.Well,jangan la dengki ngan kiteorang.Brutal tapi beriman.Ahaha.Dushhhhh!Meluat..Actually kiteorang suka ngumpat.Ngeeee~~Nampak sangat kteorang very girl kan?Ngumpat kan keje perempuan.

10 fakta penting kami the geng

1.Kami pempuan tapi tak suka sangat buat kerja perempuan seperti mencari kutu,menjadi bendahari dalam kelas dan sewaktu dengannya.

2.Suka nak jadi cantik tapi tak suka mengambil masa lama nak berdandam.Just tepek je bedak yang ada.Takkan membazirkan air mandi ber jam jam.

3.Suka berfashion tapi tak suka shopping lama lama.Just beli apa rasa nak beli.Takkan membazirkan waktu nak pilih pilih ni.Pilih sekadar amik mood.Erkkk?

4.Suka bercinta tapi tak suka berawak saya.Bersayang ayang.Berbaby bie.Ber polan Ber mulan dan sewaktunya..

5.Sensitif tapi tak amik port la kalau setakat kambing gelakkan kiteorang.

6.Berjiwang tapi bukan post kat fb setiap 5 minit.Ayang sayang ayam.Bwekkk,nak muntah!

7.Ada masa sedih nak nages gak tapi bukan sebab kucing semput lelah.

8.Suka jugak bincang hal hal perempuan tapi bukan tanya "Ehhh,kau bila habes period?"

9.Suka pink jugak tapi bukan sampai hari hari pakai baju pink.Beg pink,kasut pink.Semua pink.Huh.

10.Kami sukakan lelaki bukan perempuan.WE ARE NOT LESBO.GET IT?"





Aku blahhh dulu sebelum korang naik meluat.ngeee~Peduli hape aku!

Keranamu selipar jamban!

Assalamualaikum

Panas je hati gua ni.Membara.Semarak.Ha?Apa lagi nak gambarkan perkataan panas ni?Dah yang penting gua panas tahap gaban babun.Semua lah.Ni ha nak cerita walaupun korang taknak tahu.Ngeee~Aku wat wat je korang nak tahu.Macam hampeh rasa.Tadi,actually bukan tadi tapi suatu petang ketika aku nak beli barang.Aku pergi la satu pasaraya ni.Bukan shopping complex.Pasaraya je.Eeee ape ke bodo kau ika?Takyah nak beza beza.Straight to the point.Ok,aku nak beli selipar jamban(toilet)..Selipar sekarang tak sedap guna.Dah bukan aku nak cerita sal selipar jamban aku warna ape.Bentuk macam mana.Apa ke mende lagi.Huh,panas ni derrr.Nak tulis ni pun berapi api.Aku pun pergi la bahagian selipar.Bukan bahagian sayur,sabun ke ape ke.Dah name pun nak beli selipar.Makkk aiii..Memandang selipar jamban yang aku nak beli tu tinggi gila.Maklum la aku memang SANGAT tinggi sampaikan tak mampu nak amik selipar tu.So aku cari la pekerja pekerja situ.Aku panggil dorang wat bodoh.Aku tak kesah sangat sebab mungkin dorang pekak agaknya.Mana la tahu kan?Dah Allah bagi macam tu.Tak baik nak hina.So aku dengan bersungguh sungguh cuba dapatkan selipar tu.Akhirnya berkat usaha serta doa ibu bapa dan rakan rakan....Dah apa kau merepek ni?Aku dapat gak selipar tuh.
Lepas beli cam biase la kan?Pergi ke bahagian sayur nak timbang berat selipar suh letak harga.Okay tu aku merepek.Macam biase la pergi kaunter nak bayar.Jappp,bukan aku pergi situ nak beli selipar je.Adelah barang lain lagi.So kesemuanya dicampur didalam troli dan bergegas ke kaunter.Bermulah kesah yang buat hati gua panas...

Then,pas dah abes tett tett kat semua barang tu,tinggallah selipas aku.Tibe tibe takde tande harga,diie suh aku pergi amik yang lain.Jappp biasenye kalau kat KUANTAN.I mean giant,takde tande harga die akan tolong amikkan untuk kita.Berlari lari anak kaunter tu nak dapatkan harga.Ok kat sini tak kut.Kuantan je ade cashier yang berhati nurani.Aku cam bleh terima la.Aku panas sebab serius takde org pun.And geng geng dia duk bertenggek borak ngan dia.Apa salahnya kalau suh dorang carikan harga tu?Takpe lah.Aku cam okay lagi.Aku pun pergi balik dimana tempat asal selipar tu.Mencari mencari pekerja sekeliling.Ade tapi dorang wat tak nampak.Aku pun sekali lagi gigih mencari selipar yang lain.Untuk ppengetahuan korang.Selipar tu atas sekali and saiz plak campur campur.Agak sukar nak cari saiz aku and yang ada harga.Yeee memang aku bodo.Kenapa aku tak amik lain size janji ade harge.Pergi punch harga je then amik saiz yang kite nak.kan?Masalahnye si pandai cashier tu cakap tak bleh.Aku bangang?

Dengan hati panas aku ni,aku pun bersungguh sungguh tarik selipar tu.Bayangkan hampir semua selipar tu takde harga.And korang bayangkan macam mana aku nak masukkan balik hampir and lebih sepuluh selipar yang takde harga lam penyangkut tu balik?Dengan ketinggian aku yang terlalu tinggi.Huh.Akhirnya aku dapat selipar tu kedua terakhir.Yang ada harga and nasib baik saiz aku gak.Aku cari la pekerja tu suh masukkan selipar yang aku amik tu kat penyangkut tu.Ade la segerombolan perempuan ni duk melepak borak borak.Aku panggil tapi dorang wat bodo.Aku rasa suara aku yang lemah lembut ni boleh dengar satu blok asrama aku.Apatah lagi beberapa meter.Adakah mereka bukan bernasib baik,yang dilahirkan pekak?
Aku dengan panas je dan rasa macam nak kurang ajar.Lempar semua selipar yang banyak kat tangan aku tu kat bawah.Kat tempat selipar tuh la.Tibe tibe datang aci dari arah segerombolan tadi jerit kat aku.
"Ayoyoyo akak(dia lg tua sebenarnye)..Kenapa buat macam tu?Kurang ajar sangat"

Aku sedikit pelik dengar plak dorang kat bunyi selipar jatuh berbanding suara aku?
Dengan nada bermegah serta berlagak tahap gaban aku jawab

"Asal?Tadi aku panggil,korang wat bodo je.Ingat aku pekerja sini ke nak wat kerja kau?"

sumpah kuarang ajar bila ingat balik tapi kalau dah panas semua boleh.

"Kenapa tak panggil kami?Jangan buat macam tulah."

nada lembut sikit aci ni dari tadi.Tapi ayat tu nak wat aku pelempang sekor sekor.Aku tak panggil?Eeeee..panas lahhhh..Aku pun terus pergi kat dia.Aku suh dia panggil supervisor.Dia ngan geng geng dia macam nak serang aku.Apa lagi.Adegan tarik menarik lah.Dushhhh..Aku tumbuk dia.Semua lari berteriak takut ngan aku..Okay,sebenarnya aku tipu.Gila apa aku buat gitu?Aku just cakap buat gong(berlagak) aku je.Then aku blah dengan meninggalkan kesan dihati mereka.Serius memang macam kurang ajar campak semua selipar kat bawah.Tapi dorang ni takde keje ke sampai letak harga pun takleh.Takde customer pun mase tu.Aku sorang je kat bahagian tuh.Takleh layan?

Dah la gua chow dulu.Mahu study study.Ececece rajin kan aku?

pasaraya aku gi ni memang tak ramai.Maleh nak sebut tapi ade save save la belakang tu.Ha lu pikir la der pah keceroh.nge
ee~~



Nota luntut:Thanks to all my lect for a lot of assignment.Really like it cause i can't go back to Kuantan :(

waiting for a class..:)

Assalamualaikum




Sumbak doe..Now at library,sementara tunggu kelas 2.30.Dari 12.30 tengah hari tadi aku online kat library and baru habes chat ngan adib a.k.a moon.Macam bangang je chat ngan die.Nak je aku gelak,tapi faham faham jelah.Bila aku gelak,satu library dengar kut.So better aku wat muke masam and senyum lam hati.Ishh camne senyum lam hati?Aku pun tak tahu,senyum jelah.Kang ade plak orang cakap tutorial senyum lam hati please.Mampus aku nak ajar.Guane nak ajar?ahaha.Btw,sumpah tension..Sal study.Lex la der..baru study sikit dah gelabah.Yelah aku mane penah study cam korang yang sentiase rajin kan.Aku terlebih rajin.Kau tahu.Bayangkan aku ingat first class tu mukadimah je.Rupanya dah masuh chapter la.Tibe tibe madam tu cakap..




"Next week,we will start chapter 3"




Aku dengan blurr nya pelik.Aikkk madam mana pergi chapter 2 ngan 1?Dalam hati jelah aku tanya.Ahaha.Sumpah tak tahu aku belajar.Mana la aku ada bsic sal IT ni.Kalau setakat on shoutdown tu tau la.Bukan fb,bukan blogspot.Please la.Next week ade kuiz.Oh my God.Aku try tengok soalan kuiz.Sepatah haram aku tak paham.Gile la kau ika.Macam mana nak jawab dengan cemerlangnya?Sumpah pening doe.Sampaikan tertido tengah study.Ingatkan tadi nak gi library gi study tapi alahai malang bukak fb chat ngan moon.Gile best die,esok balik seminggu.Aku?Balik hostel sehari.Jumaat ade kelas.ngeee~~Jeles ke mu moon.


Ape pun aku kene study la start sekarang.No more play.No more laugh.No more bergayut..Ohh yee..Cakap sal bergayut.Naim call semalam.Gile penat dengar die belebel.Sampai kul 4 pagi.Nasib kelas aku kul 2.30 harini.Die?Kul 8 pagi.Tak tahu la aku macam mana die nak focus lam kelas.Ntah ntah dengar aku gelak je kang.Erkkkk?huhu.Ok lah.Hampir 2 petang dah nie.Nak gi solat.And ready for a class today.Omg!




*wish me goodluck for a quiz*








Byeeeeee...~~!!








Pstttt..semalam ngan harini puas bergelak ngan naim and moon.Adakah nanti masa untuk aku menangis seorang?grrrr~~

Life without memories

Assalamualaikum.

Now lagi bosan tahap gaban.Seperti biasa kalau ada mood nak menulis and bosan mestilah aku rasa nak post something la kat sini even takde orang baca kut.Lantak mak la nak post apa.Ke guane?Actually baru abes berkomen romen bersama teman busuk saya Wan Najwatul Farah.Alahai dia telah buat aku berjiwang sebentar.ahakkszz*gedik nak mampos*
Well,actually nak share something that i think about this life.Yes seriously do not know what a problem she had.Omg how bad i as friend rite?dia terlalu berahsia and aku plak jenis tak suke tibe tibe nak busy body tanye asal dia mental semacam kat pesbuk.Yang aku tahu we banyak komen sal kehidupan and kenangan.Dia terlalu banyak kenangan kut sampai susah nak pandang ke hadapan.porahhh kau ika.Konon kau bagus takde kenangan.ngeee~..But aku still boleh wat dono cam nothing happen kut.Ahaha.Semua orang sama,bila dan kenangan yang lalu tu datang menjelma.Hidup mula lah rasa macam lagu lagu sedih tu mengejek kita.Tergiang giang kat pale hotak ni.Tak tahu la kalau anda anda semua kan?kalau aku macam tu kut.


Bagi aku kenangan macam angin.Well kenapa aku cakap macam tu cause entah la.Bagi aku angin nie datang kita tak sedar tapi rasa.Well,kenangan is macam tu kut.Tak sedar bila ia hadir tapi ingat.Oh sangat berbelik ayat kau cik ika.Forget it kalau tak setuju.HuHu.And who those selalu hingat kenangan kenangan pahit nie.Udah udah lah ujang woi..Pandang kehadapan.Banyak lagi liku liku kehidupan yang kita kene tempuh.Semakin hari kita akan tempuh bende baru.Bukan ke belakang okay nyahhh nyahhh semua.Awww..*gedil lagi*

Prefer pade aku lah.Macam kau kau orang gak.Selalu time sorang sorang ingat la mende mende lame mule la keluar lagu tangkap leleh.Aku nie jenis berjiwang.Suka ingat pasal cinta cinton.Ahaha.Tak tahu la korang kan.Pasal family ke.Kenangan pasal study ke.Pasal sedara ke.Pasal kawan pada kawan punya boypren ke.Pasal kenangan yang kucing kau yang tengah nazak ke.Ok cukup la contoh dan seumpamaan yang aku bagi.Aku banyak kenangan dengan si dia.Si dia tu bukan prefer pakwe aku,Si dia tu pakwe orang yang aku takkan dapat sampai bila bila.Ahaha.Tu jenis aku.Suka mende yang hak milik orang lain.Well,lain orang lain ragam.

Kenangan nie mmg payah nak lupa.Lebih2 lagi kalau tinggalkan kesan yang mendalam kat hati.Jangan nak menipu diri sendiri cakap."Sorry yek,i bukan jenis orang yang ingat mende2 lame.I maju kehadapan"ohhh..Ayat nie memang nak kene pelempang ngan aku.Gangster sangat ke kau ika.Well you know me.*muke kerek cam bangang*

Kawan aku cakap dia taknak perit la hidup ni.Sorry dear,kau kena hadapi nye.Lambat laun still akan ada perit pedih sukar lam hidup.Tanpa keperitan itu bukan kehidupan.Keperitan la mengajar erti hidup yang sebenar.Just look front u and think how to handle your next life.Kau kena kuat tabah even kau takleh.Sentiasa menunggu dan sedia ape pun berlaku dalam hidup.Kita takkan dapat kebahagian kalau tak tempuh keperitan.Bukan pandang kebelakang and nyesal ape yang berlaku masa lalu.Penyesalan tu tak kemana.Just pandang ke hadapan.And for sure jangan biarkan penyesalan berulang.Wahhh,pandai kau bercakap,Tak rasa tak tahu la.Well aku peduli ape.Aku rasa nak bagi nasihat kat orang.Ahaha.Byeee.Selamat berhujung minggu bersama tersayang :)



Let memories gone,the future is the best Do not remember things that go Let it pass as memories in heart


WE ARE NOTHINGS WITHOUT MEMORIES





New life?

Assalamualaikum


Please
show the happiness
Happiness that can make a quiet heart
Every day I find happiness in tranquility
Is increasingly tormented
I try to be patient until I make shed tears
I have not asked for mercy
But a bond of friendship that can give me happiness again

**********************************************************************
****************
Serius aku still takleh nak biasakan diri dalam dunia baru aku.Aku rindu kehidupan dulu.Aku tahu hidup harus diteruskan dan aku kena semangat.Tapi makin hari semangat aku hilang.Aku try nak ngam ngan classmate,roomate but i can't.Tadi pun korang tau,semua class cancel and aku tak diinform.Yes,memang bukan salah dorang sebab yelah aku pun macam kera sumbang lam class.Then macam mana dorang nak inform.Sumpah macam orang gila bangun pagi gi kelas kul 8.30 tapi rupanya cancel.Then wait in library until 10.30 foe a next class pun cancel.Ya Allah kuatkanlah semangat aku.Aku hanya mampu menangis dalam hati tadi tunggu macam orang bodo dalam library.2 jam alone.Next class kul 3.30 petang.So aku terpaksa menunggu sorang diri 5 hours alone too.Serius syukur sangat sebab at least even aku takde kawan and alone.Aku still boleh wat bodo.Kawan ngan diri sendiri.And sorry Fara and Safura for disturb you with my problem.Problem yang ntah ape ape and tak patut.Kadang kadang rasa nak je balik kuantan.Sebab terlampau bosan.Oh my God,give me a stren
gth to go through this.And last class 3.30 pun cancel.Banyangkan..patut ke aku tak sabar.Dah la dengan bosan menunggu tapi terpakse dengar berita yang class tiga2 cancel.Sumpah sakit hati,Ye aku tahu salah aku sebab tak bergaul.Tapi aku susah la nak ngam mula mula camni.Better wat hal sendiri but a problem is.We live in social life.So thats why we must mingle to others.Hari hari mendatang aku macam mana agaknye?Alahai..


*sumpah sedih sampai tak sanggup nak teruskan pembelajaran ni*




Please pray for me :(

AJL?Hostel?

Assalamualaikum..

Wah bagus ye semua orang update pasal ajl.Aku?takkan update pasal tu.Pls lah.Hampir 99% kut update pasal mende yang sama.Aku takkan update mende sama.*ayat nak kene pelempang*
ahaha.Hakikat yang nyata padahal aku duk hostel.Omg,aku takleh tengok k.Sangat sedih,actually tak sedih sangat berbanding kena stay sorang kat asrama ni.Sangat sedih sampai hampir mengeluarkan air mata kuning.Serius tipu.Sekarang ni aku ade kat library unikl,update mende alah nie.Nada bangga sedimit kedengaran.*ciss..konon!*
Apa cer ajl korang?aku dengar mawi menang?Ehh..mawi masuk ajl ke?Ana rafali eh?Sumpah tak sangka.Aku nak pelita menang.Tak kira. A.P.I tetap pemenang dihati aku.*Hati kau ape aku kesah?*Sumpah bosan tahap dewa la kat unikl nie.Takde geng.Aku kawan ngan diri aku sorang je kut.Very independent.Yang penting,aku tak nages macam dulu okay.Ahahaha.
Plsss korang doakan aku berjaya kat sini.Biar aku happy.Jadi cerdik kat sini.




tgk jadual aku.Memang comfirm lepas nie cerdik kan?kuang kuang..ski perasan la kau.




muke gemuk gedabok besau nie cam tuan die wajib bubuh.Nak bagitau yang pelajar yang baik adalah pelajar yang gi library cam aku.Ahahaha.
Serius betul sebab kau tengok belakang aku.Ada orang?
Nampak sangat aku je yang berkaliber citu.
*ayat nak kene penyepak*

Byeeee...


*Mood cam bangang je rase sebab rindu kuantan*


s.a.k.i.t

Assalamualaikum..


aikk..orientasi pun boleh nak update belog?memang pelik..takde peliknye.Aku tak pergi la.Memandangkan kurang sihat.Yela hari first nak daftar tu memang gile tak larat rasa nak mati tapi takut nanti orang cakap aku saja nak escape dari orientasi tuh.Hari isnin tu aku memang langsung rasa nak pitam,so aku decide just nak beritahu senior.And aku nak gi klinik.Mula mula pergi HBKL,aku kena tunggu sampai 200 orang.Sempat aku mati dulu kalau gini.Aku terus ke klinik la.Tak ingat klinik ape.Tapi sumpah tak larat masa jalan nak gi ke kereta akak senior tu.Tapi jiwa kental la konon.Porahhh..!Aku disuspek denggi.Deman terlalu kuat.Dia suh aku balik kuantan untuk check kat sana.Tapi after dia bg aku ubat mende entah,aku rasa okay.Then aku nak balik klang jelah tempat mak sedara aku.Badan dh okay dr tadi wlaupun tak sihat sepenuhnya.And thanks to kawan abang aku yang dari uitm shah alam sanggup meredah ke bangsar nak amik aku.Kalau takde dia,alamaknya terpaksa aku merepuh panas tunggu bas kat pasar seni.



pic dicurik dari fb sabrina halid


Dia and kawan dia Zurin kut.Tak ingat nama dia..Dorang hantar aku sampai ke bus station kat shah alam.Memusing musing gak nak cari.Dorang pun tak tahu kat mana sebab tak biasa naik bas.Sampai bus station aku menumpang secara percuma(muka bangga tahap cipan dapat menumpang).Thanks bas transnasional kerana menumpangkan saya secara percuma ke meru yerkkk!*muke selok*



pic dicurik dr mr.google


Sekarang aku berada di rumah makcik aku.And malam ni kena balik hostel balik memandangkan esok kena buat loan mara.Keadaan dah okay tapi batuk kering cam tak pulih.Hope aku boleh sihat cam dulu.Gelak gelak.Cakap kuat kuat.ahaha!



*entri serius yang membosangkan.ngeee~~*



pstttt..doakan aku sihat yerk!faktor kesihatan membuatkan aku takleh nak gelak gelak bila tulis belog nih.

Happy new Year dear follower!

Assalamualaikum..

I was not able to open your heart
I also did not already able to touch your love
not once, but now and may come anytime
very pleased to
be this way
Consent
without a sense of burden
This is the only world I owned you



Sekarang memang agak sukar nak online memandangkan aku tak bawak laptop lagi.Ayah aku cakap tunggu lepas orientasi barulah aku boleh bawak.Ni pun guna laptop adik sepupu aku.Thanks jiji.Di kesempatan ini *cis..macam nak umum iklan raye* aku nak wish kat korang yang kalau ada singgah sini and follow aku walaupun aku memang jarang nak follow orang..*ade mase aku follow k*

Selamat Tahun Baru

Happy New Year

नया साल मुबारक हो

สวัสดีปีใหม่


新年快樂


新年快乐





so ada lagi bahasa kat malaysia ni?memang banyak dah aku tertinggal.Malas nak taip dah.(konon tulis,padahal copy and paste je kat google..)



One more things,kenapa aku tak tulis azam baru tahun nie?hampir 90 peratus kut belog mereka cerita pasal azam and aku baca memang dorang ni bagus la.Aku?Lagi bagus..ahaha..(ayat nak kena makan penampo)..Takde lah.Aku ni azam terlalu banyak sampai tak terbuat.So better aku takyah list.Apaaaa?Nak tahu?(koya ade orang nak tahu)..Takyah la tulis,wat malu je.Sah sah kena gelakkan dek orang je ika.Okay la aku tulis gak..Nie ha :)


NAK KURUS.NAK CANTIK.NAK KAYA.NAK CERDIK.NAK JADI BERIMAN.NAK JADI ANAK SOLEHAH.NAK JADI YANG TERBAIK.AND NAKKK DIAAA!!!!



amik kau azam aku.Setiap tahun sama and tak penah dapat pun.ahaha!

bOLEH tak nak kurus tapi makan banyak?kuang..kuang..kuang..Lu pikir la sendiri!



*next entri will be update after my orientasi.insyaalah*




Popular Posts

Like us on Facebook


Flickr Images